Doa Kurb - Doa Untuk Mengatasi Pelbagai Masalah Berat & Mempunyai Hajat Yang Besar

Setiap manusia sentiasa diuji dengan pelbagai ujian di dalam kehidupan, sama ada masalah dengan pasangan hidup dan anak menantu, masalah kesihatan, masalah kewangan yang semakin teruk, masalah hutang yang tidak mampu untuk dilunaskan dan seribu satu macam masalah lain lagi.

Terdapat satu (1) doa iaitu Doa Kurb yang boleh kita amalkan sebagai ikhtiar jalur langit selain daripada usaha yang bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Bacaan Doa Kurb di dalam Bahasa Arab, Latin dan maksudnya:


لاَ إِلَـٰهَ إِلاَّ اللَّهُ الْعَظِيْمُ الْحَلِيْمُ، لاَ إِلَـٰهَ إِلاَّ اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، لاَ إِلَـٰهَ إِلاَّ اللَّهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ اْلأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيْمِ

Laa ilaaha illallahul'adzhiimul haliim, la ilaaha illallaahu rabbil arsyil 'adzhiim, la ilaaha illallaahu rabbus samaawaati wa rabbul ardhi wa rabbul arsyil kariim.

Artinya: "Tiada Tuhan yang wajib disembah selain Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut,  tiada Tuhan yang wajib disembah selain Allah, Tuhan Pemilik Arasy yang Agung. Tiada Tuhan yang wajib disembah selain Allah, Tuhan Pemilik langit dan bumi dan Pemilik Arasy yang Mulia." 

(HR. Bukhari 7/154 dan Muslim 4/2092)


Doa Kurb ini juga dibaca oleh Rasulullah SAW ketika di dalam kesusahan dan kesedihan.


Bagaimana untuk beramal dengan Doa Kurb ini?


🌹 Doa ini dibaca selepas menunaikan solat fardhu setiap hari. Apabila habis membaca Doa Kurb ini, berdoa kepada Allah SWT untuk memohon apa yang dihajat dengan bersungguh-sungguh penuh pengharapan.

Pastikan anda juga memperbanyakkan istighfar untuk memohon keampunan atas segala dosa yang dilakukan.

🌹 Dijadikan sebagai zikir harian

Apabila doa ini dibaca dengan bersungguh-sungguh, ikhlas dan penuh pengharapan hanya kepada  Rabb yang satu, Insya Allah akan diberikan petunjuk dan pertolongan untuk keluar daripada kesusahan dengan izin Allah.

Doa Kurb ini juga mesti dijadikan sebagai zikir harian kerana ia dapat membantu untuk melindungi diri daripada terkena santau dan gangguan sihir.

Untuk dapatkan Buku Amalan Harian Wanita Bahagia Dan Berjaya, boleh dapatkan di sini sekarang:

Buku Amalan Harian Wanita Bahagia Dan Berjaya






Kelebihan Berselawat Di Dalam Kehidupan Untuk Memenuhi Keperluan Hidup

Apabila kita berselawat kepada Baginda Rasulullah SAW, kita berdoa agar diberi  keselamatan dalam menghadapi musibah yang menimpa dan dikeluarkan daripada segala kesempitan atau kesusahan yang dihadapi. Kesempitan dan kesusahan ini merangkumi masalah kewangan, rumahtangga, penyakit dan sebagainya.

Di dalam Surah Al-Ahzab (33):56:


إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا


Innallāha wa malā`ikatahụ yuṣallụna 'alan-nabiyy, yā ayyuhallażīna āmanụ ṣallụ 'alaihi wa sallimụ taslīmā


Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.


“Sesiapa yang bershalawat ke atasku satu (1) kali, maka Allah bershalawat kepadanya sepuluh (10) kali, dihapuskan daripadanya sepuluh (10) kesalahan dan diangkat darjatnya sepuluh (10) tingkat.” (Hadis Riwayat Nasa’I & Ibnu Hibban)


Allah bershalawat di sini bermaksud Allah memberikan rahmatNya kepada orang yang bershalawat.

 

Kelebihan Bershalawat:


1.     Sebagai penghapus dosa

2.     Mendapat syafaat daripada Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak

3.     Orang yang sentiasa bershalawat secara istiqamah boleh menghindarkan kemiskinan di dalam kehidupannya

4.     Bershalawat secara istiqamah akan mendapat rahmat daripada Allah SWT

5.     Mendatangkan segala hajat di mana dengan izin Allah, doa-doa akan dimakbulkan.

6.     Memperolehi keselamatan di dalam kehidupan di dunia dan akhirat

7.     Memperolehi ketenangan

8.     Menghilangkan kesusahan

9.     Memudahkan segala kesusahan

10.  Membuka pintu-pintu rezeki

11.  Meninggikan darjat

12.  Dibukakan jalan-jalan keluar untuk melangsaikan hutang


Semoga kita dapat mengamalkan selawat kepada Baginda Rasulullah SAW dengan penuh keikhlasan untuk mendapatkan rahmat daripada Allah SWT dan syafaat Nabi SAW di akhirat kelak.


Dapatkan buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan tulisan Ustaz Iqbal alJauhari sebagai panduan untuk berselawat:

Buku Panduan Berselawat Di Sini




Kelebihan Selawat al Munjiyat Untuk Keperluan Kehidupan

Perkataan Munjiyat bermaksud penyelamat, menyelamatkan dan keselamatan. Shalawat Munjiyat ialah shalawat kepada Nabi Muhammad SAW dan di dalamnya kita berdoa agar diberi  keselamatan dalam menghadapi musibah yang menimpa dan dikeluarkan daripada segala kesempitan atau kesusahan yang dihadapi. Kesempitan dan kesusahan ini merangkumi masalah kewangan, rumahtangga, penyakit dan sebagainya.


Di dalam Surah Al-Ahzab (33):56 ;

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Innallāha wa malā`ikatahụ yuṣallụna 'alan-nabiyy, yā ayyuhallażīna āmanụ ṣallụ 'alaihi wa sallimụ taslīmā

Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.


“Sesiapa yang bershalawat ke atasku satu (1) kali, maka Allah bershalawat kepadanya sepuluh (10) kali, dihapuskan daripadanya sepuluh (10) kesalahan dan diangkat darjatnya sepuluh (10) tingkat.” (Hadis Riwayat Nasa’I & Ibnu Hibban)


Allah bershalawat di sini bermaksud Allah memberikan rahmatNya kepada orang yang bershalawat.


Shalawat ini diilhamkan oleh seorang ulama sufi Asy- Syadzili Syaikh Shalih Musa Al-Dahrir daripada Tariqat Asy-Syadzili.


Asy- Syadzili Syaikh Shalih Musa Al-Dahrir berada di dalam pelayaran di laut apabila kapal yang dinaiki dilanda angin ribut yang dasyat sehingga ramai yang tidak dapat diselamatkan daripada karam.  Asy- Syadzili Syaikh Shalih Musa Al-Dahrir merasa sangat mengantuk sehingga beliau tertidur. Di dalam tidur beliau bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW lalu diajarkan Shalawat Munjiyat dan dan baginda meminta semua yang ada di dalam kapal membaca Shalawat Munjiyat  sebanyak 1000 kali. Beliau terbangun daripada tidur dan mengajarkan shalawat ini kepada semua. Mereka membaca shalawat ini sebanyak 300 kali lalu Allah SWT telah menyelamatkan mereka.


Selawat Munjiyat:

اللَهُمَّ صَلِّ عَلَي سَيِّدِنَا مُحمَدٍ صَلاَةٌ تُنْجيْنَا بِهَا مِنَ جَمِيْعَ الأهَوْاَلِ وَالأَفَاتِ وَتَقْضِي لَنَا بها جَمِيعَ الحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَيّئاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَي الدَرَجَاتِ وَتُبَلّغُنَا بِهَا أَقْصَي الغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الخَيرَاتِ فِي الحَيَاةِ وَبَعْدَ المَمَاتِ برحمتك يا أرحم الراحمين

Allohumma sholli ‘ala syaiyidina muhammad sholatan tunjina biha min jami’il ahwali wal afat wataqdilana biha jami’il hajat watutohhiruna biha min jami’is syayyiat watarfa’una biha a’lad darojat watuballi ghuna biha aqshol ghoyat min jami’il khoiroti fil hayati waba’dal mamat. Birohmatika ya Arhamar Rahimin.

Maksudnya: Ya Allah, limpahkanlah shalawat kepada Junjunga kami, Nabi Muhammad SAW yang dengan shalawat itu; Engkau akan menyelamatkan kami daripada segala bala bencana dan segala penyakit (cubaan). Yang dengan shalawat iyu; Engkau memakbulkan kami segala hajat (kami). Yang dengannya Engkau membersihkan kami daripada segala dosa kejahatan (keburukan dan kesalahan) kami. Yang dengannya; Engkau mengangkat kami di sisiMu akan setinggi-tinggi darjat. Yang dengannya; Engkau menyampaikan kami kepada kemuncak segala harapan kami, daripada segala kebaikan di dalam kehidupan di dunia dan akhirat (selepas kematian). Dengan rahmatMu wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani daripada segala yang mengasihani.


Dapatkan Buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan daripada Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari di sini sebagai panduan untuk anda berselawat

Buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan


Kelebihan Bershalawat:

1.     Sebagai penghapus dosa

2.     Mendapat syafaat daripada Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak

3.     Orang yang sentiasa bershalawat secara istiqamah boleh menghindarkan kemiskinan di dalam kehidupannya

4.     Bershalawat secara istiqamah akan mendapat rahmat daripada Allah SWT

5.     Mendatangkan segala hajat di mana dengan izin Allah, doa-doa akan dimakbulkan.

6.     Memperolehi keselamatan di dalam kehidupan di dunia dan akhirat

7.     Memperolehi ketenangan

8.     Menghilangkan kesusahan

9.     Memudahkan segala kesusahan

10.  Membuka pintu-pintu rezeki

11.  Meninggikan darjat

12.  Dibukakan jalan-jalan keluar untuk melangsaikan hutang


Semoga kita dapat mengamalkan Shalawat Munjiyat dengan penuh keikhlasan untuk mendapatkan rahmat daripada Allah SWT dan syafaat Nabi SAW di akhirat kelak.


Dapatkan Buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan daripada Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari di sini sebagai panduan untuk anda berselawat

Buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan

Doa Bagi Anda Yang Menemui Jalan Buntu Di Dalam Menyelesaikan Masalah Yang Dihadapi

Setiap manusia memang tidak akan lepas daripada menghadapi ujian di dalam kehidupan;

🌹 Masalah kewangan yang meruncing di mana hutang tidak mampu untuk dilunaskan, keuntungan perniagaan yang semakin menurun, tidak mampu membeli makanan untuk keluarga dan banyak lagi.

🌹 Masalah dengan pasangan anda yang berlaku curang, culas menunaikan ibadah, culas dalam menunaikan tanggungjawab kepada keluarga, campur tangan ipar duai di dalam rumah tangga

🌹Masalah dengan anak-anak seperti terlibat dengan kegiatan jenayah, selalu dibuli di sekolah, malas belajar, malas solat dan sebagainya.

🌹 Masalah dengan ketua dan pekerja di pejabat

🌹 Masalah kesihatan yang serius, gangguan jin dan sihir

🌹 dan 1001 masalah lagi.


Masalah yang anda rasa tiada jalan keluar lagi menyebabkan anda buntu walaupun anda telah mencuba pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Seolah-oleh semua pintu sudah tertutup rapat. 

Tetapi anda harus ingat biar pun semua pintu sudah tertutup rapat, apabila datang cahaya, cahaya tersebut tetap dapat menembusi lubang- lubang kecil yang ada.

Ia bermaksud bahawa setiap masalah yang sedang dihadapi, pasti ada harapan untuk diselesaikan kerana kita mempunyai Allah SWT Yang Maha Berkuasa.

Jangan pernah rasa putus asa, teruskan berusaha dan berdoa memohon pertolongan daripada Allah SWT. Doa adalah senjata yang lebih tajam daripada sebilah pedang milik seorang yang beragama Islam. 

Satu (1) doa yang anda boleh amalkan dengan penuh pengharapan dan keikhlasan memohon pertolongan Allah SWT ialah doa daripada al Quran iaitu ayat 10 daripada Surah al Kahfi (18).


رَبَّنَآ اٰتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَّهَيِّئْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا 

“Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami.”

(QS al Kahfi: 10)


Doa ini hendak dibaca dengan istiqamah setiap hari agar Allah SWT dapat membuka jalan-jalan keluar untuk permasalahan yang dihadapi dan pada masa yang sama dapat melindungi diri dan keluarga daripada sebarang mudarat atas musibah yang menimpa dan daripada gangguan syaitan.


Walahuallam.



Masa anda amat bernilai, shopping barangan keperluan secara online di sini👇👇👇

Dapatkan Keperluan Harian Anda Sekeluarga Di Sini

Keajaiban 40 Selawat Pilihan

Buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan tulisan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari memang sesuai untuk mereka yang suka bersalawat dan yang baru ingin belajar tentang salawat kerana di dalam buku ini mempunyai 40 salawat pilihan yang terbaik beserta dengan terjemahan dan keterangan fadhilat dan kaifiyat bersalawat.


Umum tahu bahawa Allah SWT berfirman di dalam Al Quran; Surah Al Ahzab (33) ayat 56 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya bersalawat kepada Nabi; Wahai orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkan salam kepadanya.”


Allah juga telah berjanji kepada hamba-hambaNya yang berselawat satu (1) kali kepada Nabi SAW, maka:

1. Allah berselawat kepadanya sepuluh (10) kali

2. Dihapuskan daripadanya sepuluh (10) dosa, dan

3. Diangkat darjatnya sepuluh (10) tingkat


Selawat juga mempunyai banyak kelebihan bagi orang yang mengamalkannya:

1. Sebagai penghapus dosa

2. Tidak berasa kebingungan pada hari akhirat

3. Akan bersama dengan Rasulullah SAW di akhirat kelak

4. Akan mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW

5. Berpeluang minum di telaga Rasulullah SAW

6. Memudahkan segala pekerjaan dan cita-citanya

7. Selawat dapat mensucikan hati dan menambahkan keberkatan di dalam hidup

8. Orang yang sentiasa bersalawat boleh menghilangkan/ menghindarkan kemiskinan di dalam hidupnya

9. Bersalawat boleh menghampirkan diri kepada Allah

10. Menjadi asbab terkabulnya doa

Dan banyak lagi kelebihan selawat.

Untuk mengetahui dan memahami tentang selawat, anda mesti dapatkan buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan ini.

Klik link di bawah untuk dapatkannya sekarang:


Buku Keajaiban 40 Selawat Di Sini



Tips Memilih Program Affiliate Yang Terbaik

Tips untuk membantu anda untuk memilih Program Pemasaran Affiliate yang terbaik dan sesuai untuk anda:

1. Anda mesti tahu dan faham apa pasaran khusus untuk anda di mana produk/perkhidmatan yang menjadi satu keperluan kepada bakal pelanggan dan anda dapat membantu bakal pelanggan anda dengan ikhlas dengan produk/ servis itu.

2. Anda mesti tahu berapakah kadar komisen yang ditawarkan untuk produk/servis tersebut dan adakah ia berbaloi untuk anda mempromosikan produk/servis tersebut. Jangan melihat daripada segi peratus sahaja tetapi potensi dalam bentuk kuantiti kerana pasaran adalah tanpa had.

3. Pilih produk/ servis yang dapat membantu setiap bakal pelanggan dalam kehidupan mereka.

4. Mendapat sokongan terutama daripada segi sistem daripada pihak vendor

Salah satu daripada syarikat yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas adalah Involve Asia.

Jika anda tiada modal dan merancang untuk memulakan bisnes online tanpa modal, Involve Asia adalah salah satu platfom yang terbaik kerana Involve Asia berkolaborasi dengan pebagai syarikat jualan di dalam dan luar negara iaitu di peringkat antarabangsa.

Klik link di bawah untuk anda mulakan langkah pertama dengan mendaftar sebagai rakan kongsi Involve Asia iaitu sebagai Affiliator dan mulakan bisnes anda:

Daftar Involve Asia Di Sini Sekarang


Getah Sampin Baju Melayu

Anak-anak remaja selalu mempunyai masalah kain sampin terbuka atau terlondeh apabila memakainya. Selalunya anak-anak ni akan datang kepada ibu untuk betulkan sampin. Dan kadang-kadang sebab rimas selalu terbuka, mereka give up dah tak nak pakai lagi sampin. Dah tak cantik kalau nak ambil gambar raya bersama keluarga dan saudara mara. Dan kadang-kadang tu, bila balik rumah atuk dan nenek atau apabila menziarahi saudara mara, boleh pulak anak-anak tertinggal sampin. Jenuh nak patah balik ambil sampin… entah-entah tahun depan pulak la pergi ambil sampin tu.

Sekarang masalah sampin dah tak ada lagi dengan adanya Getah Sampin. Jadi, raya nanti dah tak ada lagi masalah sampin terlondeh atau terbuka, sampin tertinggal, gambar raya tak lengkap sebab ada yang tak pakai sampin dan ibu-ibu serta ayah-ayah boleh sembang dengan tenang tanpa gangguan.


Jom shopping Getah Sampin untuk raya sekarang! 

Kenapa sekarang? Sebab….

1. Takut stok Getah Sampin habis sebab sekarang ni tengah laku keras

2. Takut tak sempat nak pos sebelum raya atau dah pos tapi terima selepas raya…Naya anak Pak Karim

Dah boleh tekan link kat bawah sekarang ya untuk beli Getah Sampin untuk suami tersayang, anak-anak, adik lelaki atau abang, sepupu-sepupu, anak-anak saudara lelaki dan sesiapa sahaja yang dekat di hati anda.

Getah Sampin Di Sini

Getah Sampin ni bukan sahaja boleh digunakan untuk Hari Raya tetapi juga untuk majlis nikah, majlis-majlis rasmi selagi ada lelaki yang memakai baju melayu lengkap.


Nak Balik Kampung atau Bercuti? Tempah Tiket Bas, Kereta Api & Feri Online dengan BusOnlineTicket.com!

Pernah tak anda merancang untuk balik kampung, bercuti bersama keluarga atau melakukan perjalanan atas urusan kerja, tetapi risau tiket habi...