Doa Kurb - Doa Untuk Mengatasi Pelbagai Masalah Berat & Mempunyai Hajat Yang Besar
Setiap manusia sentiasa diuji dengan pelbagai ujian di dalam kehidupan, sama ada masalah dengan pasangan hidup dan anak menantu, masalah kesihatan, masalah kewangan yang semakin teruk, masalah hutang yang tidak mampu untuk dilunaskan dan seribu satu macam masalah lain lagi.
Terdapat satu (1) doa iaitu Doa Kurb yang boleh kita amalkan sebagai ikhtiar jalur langit selain daripada usaha yang bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Bacaan Doa Kurb di dalam Bahasa Arab, Latin dan maksudnya:
لاَ إِلَـٰهَ إِلاَّ اللَّهُ الْعَظِيْمُ الْحَلِيْمُ، لاَ إِلَـٰهَ إِلاَّ اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، لاَ إِلَـٰهَ إِلاَّ اللَّهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ اْلأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيْمِ
Laa ilaaha illallahul'adzhiimul haliim, la ilaaha illallaahu rabbil arsyil 'adzhiim, la ilaaha illallaahu rabbus samaawaati wa rabbul ardhi wa rabbul arsyil kariim.
Artinya: "Tiada Tuhan yang wajib disembah selain Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut, tiada Tuhan yang wajib disembah selain Allah, Tuhan Pemilik Arasy yang Agung. Tiada Tuhan yang wajib disembah selain Allah, Tuhan Pemilik langit dan bumi dan Pemilik Arasy yang Mulia."
(HR. Bukhari 7/154 dan Muslim 4/2092)
Doa Kurb ini juga dibaca oleh Rasulullah SAW ketika di dalam kesusahan dan kesedihan.
Bagaimana untuk beramal dengan Doa Kurb ini?
🌹 Doa ini dibaca selepas menunaikan solat fardhu setiap hari. Apabila habis membaca Doa Kurb ini, berdoa kepada Allah SWT untuk memohon apa yang dihajat dengan bersungguh-sungguh penuh pengharapan.
Pastikan anda juga memperbanyakkan istghfar untuk memohon keampunan atas segala dosa yang dilakukan.
🌹 Dijadikan sebagai zikir harian
Apabila doa ini dibaca dengan bersungguh-sungguh, ikhlas dan penuh pengharapan hanya kepada Rabb yang satu, Insya Allah akan diberikan petunjuk dan pertolongan untuk keluar daripada kesusahan dengan izin Allah.
Doa Kurb ini juga mesti dijadikan sebagai zikir harian kerana ia dapat membantu untuk melindungi diri daripada terkena santau dan gangguan sihir.
Untuk dapatkan Buku Amalan Harian Wanita Bahagia Dan Berjaya, boleh dapatkan di sini sekarang:
Buku Amalan Harian Wanita Bahagia Dan Berjaya
Comments
Post a Comment