Kenapa Rezeki Kita Sempit?

Banyak sebab musabab yang menyebabkan rezeki kita menjadi sempit dan susah untuk sampai kepada kita walaupun pelbagai usaha dan ikhtiar telah dilakukan.


Jom kita muhasabah diri agar kita dapat memperbaiki diri untuk menjadi seorang muslim yang lebih baik dari masa ke semasa dengan penuh istiqamah.

Ini adalah antara sebab kenapa rezeki kita menjadi sempit dan susah:

1.     Banyak melakukan dosa dan maksiat
2.     Tidak menghormati ibu bapa
3.     Kurang beristighfar memohon keampunan
4.     Kurang membaca Al Quran
5.     Kurang bersalawat kepada Nabi SAW
6.     Tidak mengikuti sunnah Nabi SAW
7.     Kurang bersedekah
8.     Memutuskan silaturahim sesama manusia
9.     Suka menyusahkan di dalam sesuatu perkara seperti tidak suka bertolak ansur
10.  Kurang/ tidak bersyukur dengan apa yang ada
11.  Tidak bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan hutang
12.  Mempunyai sifat sombong, riak dan ujub
13.  Suka berprasangka buruk
14.  Mudah berputus asa di dalam sesuatu perkara
15.  Meninggalkan ibadah wajib seperti solat, puasa, menutup aurat dan sebagainya

Dah tahu mana satu kelemahan diri daripada senarai di atas? Sama-samalah kita berazam untuk meninggalkan sifat-sifat tersebut dan berubah menjadi seorang yang lebih baik. Mestilah berubah kerana Allah SWT agar sentiasa mendapat keampunan dan rahmat daripadaNya. Bukan hanya semata-mata kerana ingin meraih rezeki.








Apa Itu Selawat Dan Kelebihannya?

Selawat adalah bentuk jamak daripada perkataan solat yang membawa maksud doa, berkat, rahmat atau ibadah.

Dan Baginda Rasulullah SAW adalah seorang insan yang amat mulia di sisi Allah SWT.

Allah SWT memerintahkan agar kita sebagai umat Islam sentiasa melafazkan selawat ke atas Baginda Rasulullah SAW.

Antara hadis yang menyuruh kita untuk memperbanyakkan selawat di dalam kehidupan kita setiap hari;

1.Baginda Rasulullah SAW bersabda; Di mana sahaja pun kamu berada, maka berselawatlah kepadaku kerana selawat kamu akan sampai kepadaku. [Hadis Riwayat Tabrani]

2.  Baginda Rasulullah SAW bersabda; Perbanyakkanlah berselawat kepadaku kerana selawat ke atasku akan menjadi ampunan bagi dosa-dosa kamu. Dan carilah suatu darjat dan wasilah kepadaku kerana wasilahku di sisi Tuhanmu menjadi syafaat bagi diri kamu. [Hadis Riwayat Ahmad]

3.Menurut satu riwayat, Malaikat Jibril berkata kepada Baginda Rasulullah SAW; Sesiapa daripada umatmu berselawat kepadamu 1 kali, maka Allah SWT akan menulis 10 kelebihan kepadanya, dan menghapuskan 10 kejahatan (dosa) daripadanya, dan mengangkat 10 darjat dan ditambah kepadanua sebanyak itu juga. [Hadis Riwayat Ahmad]


Allah SWT juga berfirman di dalam Al Quran, Surah Al Ahzab (33l): 56 :

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّ ۚ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا ٥٦

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.


Imam Bukhari telah meriwayatkan daripada Abu Aliyah:

i. Rahmat Allah SWT ke atas Baginda Rasulullah SAW bermaksud puji-pujian dan syafaat untuk Baginda Rasulullah SAW di hadapan para malaikat

ii. Dan rahmat para malaikat ke atas Baginda Rasulullah SAW bermaksud doa dan permohonan mereka untuknya.

Semoga penerangan ini dapat membantu semua untuk lebih memahami tentang selawat.

Anda semua juga boleh jadikan Buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan sebagai rujukan untuk lebih memahami dan belajar tentang 40 selawat pilihan yang memang terbaik jika diamalkan dengan istiqamah.




Rujukan:

1. Kelebihan Selawat (Maulana Muhammad Zakariya)

2. Selawat Pilihan; Riwayat, Manfaat dan Keutamaannya (Ustaz Mahmud Samiy)

20 Aplikasi Percuma Untuk Mula Perniagaan Pada 2026 (Tanpa Perlu Modal Besar)

Nak mula perniagaan tak semestinya perlu habiskan simpanan sebelum sempat jual produk pertama pun. Hakikatnya, hampir semua alat yang anda p...