Kelebihan Selawat al Munjiyat Untuk Keperluan Kehidupan

Perkataan Munjiyat bermaksud penyelamat, menyelamatkan dan keselamatan. Shalawat Munjiyat ialah shalawat kepada Nabi Muhammad SAW dan di dalamnya kita berdoa agar diberi  keselamatan dalam menghadapi musibah yang menimpa dan dikeluarkan daripada segala kesempitan atau kesusahan yang dihadapi. Kesempitan dan kesusahan ini merangkumi masalah kewangan, rumahtangga, penyakit dan sebagainya.


Di dalam Surah Al-Ahzab (33):56 ;

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Innallāha wa malā`ikatahụ yuṣallụna 'alan-nabiyy, yā ayyuhallażīna āmanụ ṣallụ 'alaihi wa sallimụ taslīmā

Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.


“Sesiapa yang bershalawat ke atasku satu (1) kali, maka Allah bershalawat kepadanya sepuluh (10) kali, dihapuskan daripadanya sepuluh (10) kesalahan dan diangkat darjatnya sepuluh (10) tingkat.” (Hadis Riwayat Nasa’I & Ibnu Hibban)


Allah bershalawat di sini bermaksud Allah memberikan rahmatNya kepada orang yang bershalawat.


Shalawat ini diilhamkan oleh seorang ulama sufi Asy- Syadzili Syaikh Shalih Musa Al-Dahrir daripada Tariqat Asy-Syadzili.


Asy- Syadzili Syaikh Shalih Musa Al-Dahrir berada di dalam pelayaran di laut apabila kapal yang dinaiki dilanda angin ribut yang dasyat sehingga ramai yang tidak dapat diselamatkan daripada karam.  Asy- Syadzili Syaikh Shalih Musa Al-Dahrir merasa sangat mengantuk sehingga beliau tertidur. Di dalam tidur beliau bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW lalu diajarkan Shalawat Munjiyat dan dan baginda meminta semua yang ada di dalam kapal membaca Shalawat Munjiyat  sebanyak 1000 kali. Beliau terbangun daripada tidur dan mengajarkan shalawat ini kepada semua. Mereka membaca shalawat ini sebanyak 300 kali lalu Allah SWT telah menyelamatkan mereka.


Selawat Munjiyat:

اللَهُمَّ صَلِّ عَلَي سَيِّدِنَا مُحمَدٍ صَلاَةٌ تُنْجيْنَا بِهَا مِنَ جَمِيْعَ الأهَوْاَلِ وَالأَفَاتِ وَتَقْضِي لَنَا بها جَمِيعَ الحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَيّئاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَي الدَرَجَاتِ وَتُبَلّغُنَا بِهَا أَقْصَي الغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الخَيرَاتِ فِي الحَيَاةِ وَبَعْدَ المَمَاتِ برحمتك يا أرحم الراحمين

Allohumma sholli ‘ala syaiyidina muhammad sholatan tunjina biha min jami’il ahwali wal afat wataqdilana biha jami’il hajat watutohhiruna biha min jami’is syayyiat watarfa’una biha a’lad darojat watuballi ghuna biha aqshol ghoyat min jami’il khoiroti fil hayati waba’dal mamat. Birohmatika ya Arhamar Rahimin.

Maksudnya: Ya Allah, limpahkanlah shalawat kepada Junjunga kami, Nabi Muhammad SAW yang dengan shalawat itu; Engkau akan menyelamatkan kami daripada segala bala bencana dan segala penyakit (cubaan). Yang dengan shalawat iyu; Engkau memakbulkan kami segala hajat (kami). Yang dengannya Engkau membersihkan kami daripada segala dosa kejahatan (keburukan dan kesalahan) kami. Yang dengannya; Engkau mengangkat kami di sisiMu akan setinggi-tinggi darjat. Yang dengannya; Engkau menyampaikan kami kepada kemuncak segala harapan kami, daripada segala kebaikan di dalam kehidupan di dunia dan akhirat (selepas kematian). Dengan rahmatMu wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani daripada segala yang mengasihani.


Dapatkan Buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan daripada Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari di sini sebagai panduan untuk anda berselawat

Buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan


Kelebihan Bershalawat:

1.     Sebagai penghapus dosa

2.     Mendapat syafaat daripada Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak

3.     Orang yang sentiasa bershalawat secara istiqamah boleh menghindarkan kemiskinan di dalam kehidupannya

4.     Bershalawat secara istiqamah akan mendapat rahmat daripada Allah SWT

5.     Mendatangkan segala hajat di mana dengan izin Allah, doa-doa akan dimakbulkan.

6.     Memperolehi keselamatan di dalam kehidupan di dunia dan akhirat

7.     Memperolehi ketenangan

8.     Menghilangkan kesusahan

9.     Memudahkan segala kesusahan

10.  Membuka pintu-pintu rezeki

11.  Meninggikan darjat

12.  Dibukakan jalan-jalan keluar untuk melangsaikan hutang


Semoga kita dapat mengamalkan Shalawat Munjiyat dengan penuh keikhlasan untuk mendapatkan rahmat daripada Allah SWT dan syafaat Nabi SAW di akhirat kelak.


Dapatkan Buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan daripada Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari di sini sebagai panduan untuk anda berselawat

Buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan

Comments