Showing posts with label Selawat. Show all posts
Showing posts with label Selawat. Show all posts

Jangan Hanya Berusaha Mencari Rezeki, Jemput Juga Keberkatannya Dengan Berselawat

"Dah pelbagai usaha dilakukan untuk mencari rezeki… tapi rezeki masih terasa sempit?" 😔


Jika hutang masih belum selesai, kewangan semakin menghimpit dan hati semakin resah, jangan lupa satu lagi ikhtiar yang sering kita terlepas pandang... ikhtiar melalui jalur langit.

 

📖 Buku Keajaiban40 Selawat Pilihan tulisan Ustaz Iqbal Zain al Jauhari menghimpunkan 40 selawat pilihan yang mudah dibaca, difahami dan diamalkan setiap hari.


❤️ Sesuai untuk mereka yang:

  • Ingin memperbanyakkan selawat sebagai amalan harian.
  • Memohon agar Allah melapangkan rezeki dan memudahkan segala urusan.
  • Mengharapkan ketenangan hati ketika berdepan tekanan kewangan.
  • Mahu membina rutin ibadah yang mudah tetapi penuh keberkatan.

Kerana setiap usaha di dunia akan menjadi lebih bermakna apabila disertai doa, selawat dan tawakal kepada Allah.


💚 Jangan tunggu sehingga hati semakin berat.

Jadikan Buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan sebagai teman amalan harian anda. Semoga dengan istiqamah berselawat, Allah membuka pintu-pintu rezeki, mempermudahkan urusan dan mengurniakan jalan keluar yang terbaik daripada setiap kesulitan.


👉 Klik  Link untuk dapatkan Buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan Di Sini dan mulakan ikhtiar melalui jalur langit seiring dengan usaha kita bekerja setiap hari dengan sungguh-sungguh hari ini.


Klik Link Ini Untuk Buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan




Apa Itu Selawat Dan Kelebihannya?

Selawat adalah bentuk jamak daripada perkataan solat yang membawa maksud doa, berkat, rahmat atau ibadah.

Dan Baginda Rasulullah SAW adalah seorang insan yang amat mulia di sisi Allah SWT.

Allah SWT memerintahkan agar kita sebagai umat Islam sentiasa melafazkan selawat ke atas Baginda Rasulullah SAW.

Antara hadis yang menyuruh kita untuk memperbanyakkan selawat di dalam kehidupan kita setiap hari;

1.Baginda Rasulullah SAW bersabda; Di mana sahaja pun kamu berada, maka berselawatlah kepadaku kerana selawat kamu akan sampai kepadaku. [Hadis Riwayat Tabrani]

2.  Baginda Rasulullah SAW bersabda; Perbanyakkanlah berselawat kepadaku kerana selawat ke atasku akan menjadi ampunan bagi dosa-dosa kamu. Dan carilah suatu darjat dan wasilah kepadaku kerana wasilahku di sisi Tuhanmu menjadi syafaat bagi diri kamu. [Hadis Riwayat Ahmad]

3.Menurut satu riwayat, Malaikat Jibril berkata kepada Baginda Rasulullah SAW; Sesiapa daripada umatmu berselawat kepadamu 1 kali, maka Allah SWT akan menulis 10 kelebihan kepadanya, dan menghapuskan 10 kejahatan (dosa) daripadanya, dan mengangkat 10 darjat dan ditambah kepadanua sebanyak itu juga. [Hadis Riwayat Ahmad]


Allah SWT juga berfirman di dalam Al Quran, Surah Al Ahzab (33l): 56 :

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّ ۚ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا ٥٦

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.


Imam Bukhari telah meriwayatkan daripada Abu Aliyah:

i. Rahmat Allah SWT ke atas Baginda Rasulullah SAW bermaksud puji-pujian dan syafaat untuk Baginda Rasulullah SAW di hadapan para malaikat

ii. Dan rahmat para malaikat ke atas Baginda Rasulullah SAW bermaksud doa dan permohonan mereka untuknya.

Semoga penerangan ini dapat membantu semua untuk lebih memahami tentang selawat.

Anda semua juga boleh jadikan Buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan sebagai rujukan untuk lebih memahami dan belajar tentang 40 selawat pilihan yang memang terbaik jika diamalkan dengan istiqamah.




Rujukan:

1. Kelebihan Selawat (Maulana Muhammad Zakariya)

2. Selawat Pilihan; Riwayat, Manfaat dan Keutamaannya (Ustaz Mahmud Samiy)

Bagaimana Syafaat Dari Baginda Rasulullah SAW Boleh Membawa Seorang Islam Ke Syurga?

Banyakkan berselawat setiap hari.

Banyakkan berselawat setiap hari kerana setiap selawat yang dilafazkan sama ada di dalam keadaan khusyuk atau sebaliknya akan mendapat syafaat daripada Baginda Rasulullah SAW di akhirat kelak.

Selalu dengar nasihat macam ni daripada ustaz atau ibu ayah sebelum ni?

Tetapi, adakah anda tahu apa itu SYAFAAT?

Di dalam Islam, Syafaat bermaksud pertolongan atau perantaraan  atau mengharapkan bantuan daripada Allah SWT untuk membantu setiap orang Islam mendapat manfaat atau memenuhi hajat atau menolak mudarat di dunia dan yang paling utama di hari akhirat seperti memohon pengampunan dosa, mempercepatkan proses pengadilan, memudahkan meniti Titian Sirat dan lain-lain dengan izin dan keredhaan Allah SWT.

Setiap orang Islam amat memerlukan syafaat di dalam kehidupan di dunia yang penuh cabaran dan ujian. Apatah lagi apabila berada di Padang Mahsyar menunggu untuk diadili; ditimbang dosa dan pahala yang menentukan sama ada ke syurga atau neraka. Di sinilah syafaat daripada Baginda Rasulullah SAW amat diperlukan untuk memberatkan timbangan ke syurga.

Bagi mendapatkan syafaat daripada Baginda Rasulullah SAW adalah dengan memperbanyakkan selawat. Betapa besarnya manfaat berselawat!

Bagi yang tidak tahu bagaimana untuk berselawat, apa kelebihan berselawat dan berapa banyak selawat yang paling sesuai setiap hari, dapatkan Buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan sebagai panduan anda.

Buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan




 


 



Bagaimana Selawat Munjiyyah Boleh Membantu Anda Menghadapi Ujian Kesusahan Dan Kesempitan Hidup

Bila kita banyak melakukan dosa,perbanyakkan berselawat.

Bila kita tertekan dengan bebanan kerja di pejabat, perbanyakkan selawat.

Bila ada bebanan hutang, perbanyakkan selawat.

Kerana di dalam selawat ini kita berdoa agar diberikan keselamatan di dalam menghadapi musibah yang menimpa dan dikeluarkan daripada segala kesusahan yang dihadapi. Kesempitan dan kesusahan ini merangkumi masalah kewangan, rumahtangga, penyakit dan sebagainya.

Salah satu selawat yang baik untuk diamalkan daripada Buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan adalah Selawat Munjiyyah yang bermaksud penyelamat, menyelamatkan dan keselamatan.

Jadikan Selawat Munjiyyah sebagai amalan harian kerana ia dapat membantu kehidupan kita di dunia dan akhirat.

Dapatkan buku ini sebagai panduan untuk berselawat.

Buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan



Kelebihan Berselawat Di Dalam Kehidupan Untuk Memenuhi Keperluan Hidup

Apabila kita berselawat kepada Baginda Rasulullah SAW, kita berdoa agar diberi  keselamatan dalam menghadapi musibah yang menimpa dan dikeluarkan daripada segala kesempitan atau kesusahan yang dihadapi. Kesempitan dan kesusahan ini merangkumi masalah kewangan, rumahtangga, penyakit dan sebagainya.

Di dalam Surah Al-Ahzab (33):56:


إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا


Innallāha wa malā`ikatahụ yuṣallụna 'alan-nabiyy, yā ayyuhallażīna āmanụ ṣallụ 'alaihi wa sallimụ taslīmā


Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.


“Sesiapa yang bershalawat ke atasku satu (1) kali, maka Allah bershalawat kepadanya sepuluh (10) kali, dihapuskan daripadanya sepuluh (10) kesalahan dan diangkat darjatnya sepuluh (10) tingkat.” (Hadis Riwayat Nasa’I & Ibnu Hibban)


Allah bershalawat di sini bermaksud Allah memberikan rahmatNya kepada orang yang bershalawat.

 

Kelebihan Bershalawat:


1.     Sebagai penghapus dosa

2.     Mendapat syafaat daripada Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak

3.     Orang yang sentiasa bershalawat secara istiqamah boleh menghindarkan kemiskinan di dalam kehidupannya

4.     Bershalawat secara istiqamah akan mendapat rahmat daripada Allah SWT

5.     Mendatangkan segala hajat di mana dengan izin Allah, doa-doa akan dimakbulkan.

6.     Memperolehi keselamatan di dalam kehidupan di dunia dan akhirat

7.     Memperolehi ketenangan

8.     Menghilangkan kesusahan

9.     Memudahkan segala kesusahan

10.  Membuka pintu-pintu rezeki

11.  Meninggikan darjat

12.  Dibukakan jalan-jalan keluar untuk melangsaikan hutang


Semoga kita dapat mengamalkan selawat kepada Baginda Rasulullah SAW dengan penuh keikhlasan untuk mendapatkan rahmat daripada Allah SWT dan syafaat Nabi SAW di akhirat kelak.


Dapatkan buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan tulisan Ustaz Iqbal alJauhari sebagai panduan untuk berselawat:

Buku Panduan Berselawat Di Sini




Kelebihan Selawat al Munjiyat Untuk Keperluan Kehidupan

Perkataan Munjiyat bermaksud penyelamat, menyelamatkan dan keselamatan. Shalawat Munjiyat ialah shalawat kepada Nabi Muhammad SAW dan di dalamnya kita berdoa agar diberi  keselamatan dalam menghadapi musibah yang menimpa dan dikeluarkan daripada segala kesempitan atau kesusahan yang dihadapi. Kesempitan dan kesusahan ini merangkumi masalah kewangan, rumahtangga, penyakit dan sebagainya.


Di dalam Surah Al-Ahzab (33):56 ;

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Innallāha wa malā`ikatahụ yuṣallụna 'alan-nabiyy, yā ayyuhallażīna āmanụ ṣallụ 'alaihi wa sallimụ taslīmā

Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.


“Sesiapa yang bershalawat ke atasku satu (1) kali, maka Allah bershalawat kepadanya sepuluh (10) kali, dihapuskan daripadanya sepuluh (10) kesalahan dan diangkat darjatnya sepuluh (10) tingkat.” (Hadis Riwayat Nasa’I & Ibnu Hibban)


Allah bershalawat di sini bermaksud Allah memberikan rahmatNya kepada orang yang bershalawat.


Shalawat ini diilhamkan oleh seorang ulama sufi Asy- Syadzili Syaikh Shalih Musa Al-Dahrir daripada Tariqat Asy-Syadzili.


Asy- Syadzili Syaikh Shalih Musa Al-Dahrir berada di dalam pelayaran di laut apabila kapal yang dinaiki dilanda angin ribut yang dasyat sehingga ramai yang tidak dapat diselamatkan daripada karam.  Asy- Syadzili Syaikh Shalih Musa Al-Dahrir merasa sangat mengantuk sehingga beliau tertidur. Di dalam tidur beliau bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW lalu diajarkan Shalawat Munjiyat dan dan baginda meminta semua yang ada di dalam kapal membaca Shalawat Munjiyat  sebanyak 1000 kali. Beliau terbangun daripada tidur dan mengajarkan shalawat ini kepada semua. Mereka membaca shalawat ini sebanyak 300 kali lalu Allah SWT telah menyelamatkan mereka.


Selawat Munjiyat:

اللَهُمَّ صَلِّ عَلَي سَيِّدِنَا مُحمَدٍ صَلاَةٌ تُنْجيْنَا بِهَا مِنَ جَمِيْعَ الأهَوْاَلِ وَالأَفَاتِ وَتَقْضِي لَنَا بها جَمِيعَ الحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَيّئاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَي الدَرَجَاتِ وَتُبَلّغُنَا بِهَا أَقْصَي الغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الخَيرَاتِ فِي الحَيَاةِ وَبَعْدَ المَمَاتِ برحمتك يا أرحم الراحمين

Allohumma sholli ‘ala syaiyidina muhammad sholatan tunjina biha min jami’il ahwali wal afat wataqdilana biha jami’il hajat watutohhiruna biha min jami’is syayyiat watarfa’una biha a’lad darojat watuballi ghuna biha aqshol ghoyat min jami’il khoiroti fil hayati waba’dal mamat. Birohmatika ya Arhamar Rahimin.

Maksudnya: Ya Allah, limpahkanlah shalawat kepada Junjunga kami, Nabi Muhammad SAW yang dengan shalawat itu; Engkau akan menyelamatkan kami daripada segala bala bencana dan segala penyakit (cubaan). Yang dengan shalawat iyu; Engkau memakbulkan kami segala hajat (kami). Yang dengannya Engkau membersihkan kami daripada segala dosa kejahatan (keburukan dan kesalahan) kami. Yang dengannya; Engkau mengangkat kami di sisiMu akan setinggi-tinggi darjat. Yang dengannya; Engkau menyampaikan kami kepada kemuncak segala harapan kami, daripada segala kebaikan di dalam kehidupan di dunia dan akhirat (selepas kematian). Dengan rahmatMu wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani daripada segala yang mengasihani.


Dapatkan Buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan daripada Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari di sini sebagai panduan untuk anda berselawat

Buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan


Kelebihan Bershalawat:

1.     Sebagai penghapus dosa

2.     Mendapat syafaat daripada Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak

3.     Orang yang sentiasa bershalawat secara istiqamah boleh menghindarkan kemiskinan di dalam kehidupannya

4.     Bershalawat secara istiqamah akan mendapat rahmat daripada Allah SWT

5.     Mendatangkan segala hajat di mana dengan izin Allah, doa-doa akan dimakbulkan.

6.     Memperolehi keselamatan di dalam kehidupan di dunia dan akhirat

7.     Memperolehi ketenangan

8.     Menghilangkan kesusahan

9.     Memudahkan segala kesusahan

10.  Membuka pintu-pintu rezeki

11.  Meninggikan darjat

12.  Dibukakan jalan-jalan keluar untuk melangsaikan hutang


Semoga kita dapat mengamalkan Shalawat Munjiyat dengan penuh keikhlasan untuk mendapatkan rahmat daripada Allah SWT dan syafaat Nabi SAW di akhirat kelak.


Dapatkan Buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan daripada Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari di sini sebagai panduan untuk anda berselawat

Buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan

Nak Balik Kampung atau Bercuti? Tempah Tiket Bas, Kereta Api & Feri Online dengan BusOnlineTicket.com!

Pernah tak anda merancang untuk balik kampung, bercuti bersama keluarga atau melakukan perjalanan atas urusan kerja, tetapi risau tiket habi...