Showing posts with label Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari. Show all posts

Bagaimana Syafaat Dari Baginda Rasulullah SAW Boleh Membawa Seorang Islam Ke Syurga?

Banyakkan berselawat setiap hari.

Banyakkan berselawat setiap hari kerana setiap selawat yang dilafazkan sama ada di dalam keadaan khusyuk atau sebaliknya akan mendapat syafaat daripada Baginda Rasulullah SAW di akhirat kelak.

Selalu dengar nasihat macam ni daripada ustaz atau ibu ayah sebelum ni?

Tetapi, adakah anda tahu apa itu SYAFAAT?

Di dalam Islam, Syafaat bermaksud pertolongan atau perantaraan  atau mengharapkan bantuan daripada Allah SWT untuk membantu setiap orang Islam mendapat manfaat atau memenuhi hajat atau menolak mudarat di dunia dan yang paling utama di hari akhirat seperti memohon pengampunan dosa, mempercepatkan proses pengadilan, memudahkan meniti Titian Sirat dan lain-lain dengan izin dan keredhaan Allah SWT.

Setiap orang Islam amat memerlukan syafaat di dalam kehidupan di dunia yang penuh cabaran dan ujian. Apatah lagi apabila berada di Padang Mahsyar menunggu untuk diadili; ditimbang dosa dan pahala yang menentukan sama ada ke syurga atau neraka. Di sinilah syafaat daripada Baginda Rasulullah SAW amat diperlukan untuk memberatkan timbangan ke syurga.

Bagi mendapatkan syafaat daripada Baginda Rasulullah SAW adalah dengan memperbanyakkan selawat. Betapa besarnya manfaat berselawat!

Bagi yang tidak tahu bagaimana untuk berselawat, apa kelebihan berselawat dan berapa banyak selawat yang paling sesuai setiap hari, dapatkan Buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan sebagai panduan anda.

Buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan




 


 



Kelebihan Berselawat Di Dalam Kehidupan Untuk Memenuhi Keperluan Hidup

Apabila kita berselawat kepada Baginda Rasulullah SAW, kita berdoa agar diberi  keselamatan dalam menghadapi musibah yang menimpa dan dikeluarkan daripada segala kesempitan atau kesusahan yang dihadapi. Kesempitan dan kesusahan ini merangkumi masalah kewangan, rumahtangga, penyakit dan sebagainya.

Di dalam Surah Al-Ahzab (33):56:


إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا


Innallāha wa malā`ikatahụ yuṣallụna 'alan-nabiyy, yā ayyuhallażīna āmanụ ṣallụ 'alaihi wa sallimụ taslīmā


Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.


“Sesiapa yang bershalawat ke atasku satu (1) kali, maka Allah bershalawat kepadanya sepuluh (10) kali, dihapuskan daripadanya sepuluh (10) kesalahan dan diangkat darjatnya sepuluh (10) tingkat.” (Hadis Riwayat Nasa’I & Ibnu Hibban)


Allah bershalawat di sini bermaksud Allah memberikan rahmatNya kepada orang yang bershalawat.

 

Kelebihan Bershalawat:


1.     Sebagai penghapus dosa

2.     Mendapat syafaat daripada Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak

3.     Orang yang sentiasa bershalawat secara istiqamah boleh menghindarkan kemiskinan di dalam kehidupannya

4.     Bershalawat secara istiqamah akan mendapat rahmat daripada Allah SWT

5.     Mendatangkan segala hajat di mana dengan izin Allah, doa-doa akan dimakbulkan.

6.     Memperolehi keselamatan di dalam kehidupan di dunia dan akhirat

7.     Memperolehi ketenangan

8.     Menghilangkan kesusahan

9.     Memudahkan segala kesusahan

10.  Membuka pintu-pintu rezeki

11.  Meninggikan darjat

12.  Dibukakan jalan-jalan keluar untuk melangsaikan hutang


Semoga kita dapat mengamalkan selawat kepada Baginda Rasulullah SAW dengan penuh keikhlasan untuk mendapatkan rahmat daripada Allah SWT dan syafaat Nabi SAW di akhirat kelak.


Dapatkan buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan tulisan Ustaz Iqbal alJauhari sebagai panduan untuk berselawat:

Buku Panduan Berselawat Di Sini




Keajaiban 40 Selawat Pilihan

Buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan tulisan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari memang sesuai untuk mereka yang suka bersalawat dan yang baru ingin belajar tentang salawat kerana di dalam buku ini mempunyai 40 salawat pilihan yang terbaik beserta dengan terjemahan dan keterangan fadhilat dan kaifiyat bersalawat.


Umum tahu bahawa Allah SWT berfirman di dalam Al Quran; Surah Al Ahzab (33) ayat 56 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya bersalawat kepada Nabi; Wahai orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkan salam kepadanya.”


Allah juga telah berjanji kepada hamba-hambaNya yang berselawat satu (1) kali kepada Nabi SAW, maka:

1. Allah berselawat kepadanya sepuluh (10) kali

2. Dihapuskan daripadanya sepuluh (10) dosa, dan

3. Diangkat darjatnya sepuluh (10) tingkat


Selawat juga mempunyai banyak kelebihan bagi orang yang mengamalkannya:

1. Sebagai penghapus dosa

2. Tidak berasa kebingungan pada hari akhirat

3. Akan bersama dengan Rasulullah SAW di akhirat kelak

4. Akan mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW

5. Berpeluang minum di telaga Rasulullah SAW

6. Memudahkan segala pekerjaan dan cita-citanya

7. Selawat dapat mensucikan hati dan menambahkan keberkatan di dalam hidup

8. Orang yang sentiasa bersalawat boleh menghilangkan/ menghindarkan kemiskinan di dalam hidupnya

9. Bersalawat boleh menghampirkan diri kepada Allah

10. Menjadi asbab terkabulnya doa

Dan banyak lagi kelebihan selawat.

Untuk mengetahui dan memahami tentang selawat, anda mesti dapatkan buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan ini.

Klik link di bawah untuk dapatkannya sekarang:


Buku Keajaiban 40 Selawat Di Sini



Nak Balik Kampung atau Bercuti? Tempah Tiket Bas, Kereta Api & Feri Online dengan BusOnlineTicket.com!

Pernah tak anda merancang untuk balik kampung, bercuti bersama keluarga atau melakukan perjalanan atas urusan kerja, tetapi risau tiket habi...