Keajaiban 40 Selawat Pilihan
Buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan tulisan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari memang sesuai untuk mereka yang suka bersalawat dan yang baru ingin belajar tentang salawat kerana di dalam buku ini mempunyai 40 salawat pilihan yang terbaik beserta dengan terjemahan dan keterangan fadhilat dan kaifiyat bersalawat.
Umum tahu bahawa Allah SWT berfirman di dalam Al Quran; Surah Al Ahzab (33) ayat 56 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya bersalawat kepada Nabi; Wahai orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkan salam kepadanya.”
Allah juga telah berjanji kepada hamba-hambaNya yang berselawat satu (1) kali kepada Nabi SAW, maka:
1. Allah berselawat kepadanya sepuluh (10) kali
2. Dihapuskan daripadanya sepuluh (10) dosa, dan
3. Diangkat darjatnya sepuluh (10) tingkat
Selawat juga mempunyai banyak kelebihan bagi orang yang mengamalkannya:
1. Sebagai penghapus dosa
2. Tidak berasa kebingungan pada hari akhirat
3. Akan bersama dengan Rasulullah SAW di akhirat kelak
4. Akan mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW
5. Berpeluang minum di telaga Rasulullah SAW
6. Memudahkan segala pekerjaan dan cita-citanya
7. Selawat dapat mensucikan hati dan menambahkan keberkatan di dalam hidup
8. Orang yang sentiasa bersalawat boleh menghilangkan/ menghindarkan kemiskinan di dalam hidupnya
9. Bersalawat boleh menghampirkan diri kepada Allah
10. Menjadi asbab terkabulnya doa
Dan banyak lagi kelebihan selawat.
Untuk mengetahui dan memahami tentang selawat, anda mesti dapatkan buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan ini.
Klik link di bawah untuk dapatkannya sekarang:
Buku Keajaiban 40 Selawat Di Sini
Comments
Post a Comment