Doa Bagi Anda Yang Menemui Jalan Buntu Di Dalam Menyelesaikan Masalah Yang Dihadapi

Setiap manusia memang tidak akan lepas daripada menghadapi ujian di dalam kehidupan;

๐ŸŒน Masalah kewangan yang meruncing di mana hutang tidak mampu untuk dilunaskan, keuntungan perniagaan yang semakin menurun, tidak mampu membeli makanan untuk keluarga dan banyak lagi.

๐ŸŒน Masalah dengan pasangan anda yang berlaku curang, culas menunaikan ibadah, culas dalam menunaikan tanggungjawab kepada keluarga, campur tangan ipar duai di dalam rumah tangga

๐ŸŒนMasalah dengan anak-anak seperti terlibat dengan kegiatan jenayah, selalu dibuli di sekolah, malas belajar, malas solat dan sebagainya.

๐ŸŒน Masalah dengan ketua dan pekerja di pejabat

๐ŸŒน Masalah kesihatan yang serius 

๐ŸŒน dan 1001 masalah lagi.


Masalah yang anda rasa tiada jalan keluar lagi menyebabkan anda buntu walaupun anda telah mencuba pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Seolah-oleh semua pintu sudah tertutup rapat. 

Tetapi anda harus ingat biar pun semua pintu sudah tertutup rapat, apabila datang cahaya, cahaya tersebut tetap dapat menembusi lubang- lubang kecil yang ada.

Ia bermaksud bahawa setiap masalah yang sedang dihadapi, pasti ada harapan untuk diselesaikan kerana kita mempunyai Allah SWT Yang Maha Berkuasa.

Jangan pernah rasa putus asa, teruskan berusaha dan berdoa memohon pertolongan daripada Allah SWT. Doa adalah senjata yang lebih tajam daripada sebilah pedang milik seorang yang beragama Islam. 

Satu (1) doa yang anda boleh amalkan dengan penuh pengharapan dan keikhlasan memohon pertolongan Allah SWT ialah doa daripada al Quran iaitu ayat 10 daripada Surah al Kahfi (18).


ุฑَุจَّู†َุข ุงٰุชِู†َุง ู…ِู†ْ ู„َّุฏُู†ْูƒَ ุฑَุญْู…َุฉً ูˆَّู‡َูŠِّุฆْ ู„َู†َุง ู…ِู†ْ ุงَู…ْุฑِู†َุง ุฑَุดَุฏًุง 

“Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami.”

(QS al Kahfi: 10)


Doa ini hendak dibaca dengan istiqamah setiap hari agar Allah SWT dapat membuka jalan-jalan keluar untuk permasalahan yang dihadapi dan pada masa yang sama dapat melindungi diri dan keluarga daripada sebarang mudarat atas musibah yang menimpa dan daripada gangguan syaitan.


Walahuallam.



Masa anda amat bernilai, shopping barangan keperluan secara online di sini๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Dapatkan Keperluan Harian Anda Sekeluarga Di Sini

Comments