Showing posts with label Mekah. Show all posts
Showing posts with label Mekah. Show all posts

Kenapa Anda Patut Cuba Pergi Umrah DIY?

Kalau anda tanya saya, “Kenapa nak buat umrah DIY? Kenapa tak guna agen je?” Meh saya share pengalaman dan kenapa saya rasa DIY lebih berbaloi.

 

Masa pertama kali pergi umrah, saya ikut pakej agen. Masa tu, memang excited, rasa semua dah terurus—hotel, pengangkutan, mutawwif, itinerary. Tapi bila dah sampai sana… hmmm, lain pula ceritanya.

 

Hotel ‘dekat’ yang tak berapa dekat

Agen cakap hotel dekat dengan Masjidil Haram. Tapi rupa-rupanya, ‘dekat’ tu ikut versi mereka. Setiap kali nak ke masjid, kena jalan kaki jauh, dengan cuaca panas lagi. Bila sampai masjid, dah penat. Masa ibadah pun jadi kurang fokus sebab letih.

 

Banyak masa habis menunggu...


Nak pergi masjid, kena tunggu jemaah lain. Ada yang lambat siap, ada yang hilang entah ke mana. Bila nak balik hotel pun sama—kena tunggu kumpul ramai-ramai baru boleh jalan. Ziarah tempat menarik? Sama juga. Nak gerak, kena tunggu bas penuh dulu. Banyak kali saya rasa macam “Ya Allah, aku kat sini nak beribadah, bukan nak buang masa menunggu orang.”

 

Ziarah yang jadi sesi shopping...


Satu lagi, masa untuk ziarah tempat bersejarah pula banyak dihabiskan singgah kedai kawan-kawan mutawwif. Setiap kali sampai, siap promote, “Beli kat sini murah, barang berkualiti.” Saya tak salahkan mereka nak bantu bisnes rakan, tapi fokus kami yang datang nak belajar sejarah dan ibadah jadi tersasar.

 

Lepas pengalaman tu, saya fikir panjang. Kalau ada rezeki buat umrah lagi, saya nak cuba cara DIY.

 

Apa kelebihan DIY ni?


1️⃣ Bajet boleh disesuaikan. Tak perlu bayar mahal untuk pakej yang mungkin tak memenuhi keperluan kita.

2️⃣ Fleksibiliti. Anda boleh pilih hotel yang betul-betul dekat, susun masa sendiri ikut apa yang anda nak buat.

3️⃣ Pengalaman lebih bermakna. Fokus sepenuhnya pada ibadah, tanpa gangguan masa menunggu atau jadual ketat.

 

Dan alhamdulillah, baru-baru ni saya jumpa Ebook “Umrah DIY” yang ditulis oleh Hj. Faridilatras. Ebook ni memang lengkap, dari cara rancang perjalanan, urus tiket, visa, cari hotel, sampai tips untuk jimat kos. Semuanya ada step-by-step, sesuai untuk beginner macam saya.

 

Kalau anda dah lama impikan umrah yang tenang, bebas, dan lebih fokus pada ibadah, saya syorkan cuba cara DIY ni. Anda boleh mula dengan baca Ebook Umrah DIY ni:


 https://klikjer.com/members/go.php?id=29125_92_5_240

 

Percayalah, perjalanan ibadah anda akan jadi lebih bermakna bila anda ada kawalan penuh atas masa dan cara. “Sempurnakan niat kita, insyaAllah Allah mudahkan.” ❤️

Keajaiban 40 Selawat Pilihan

Buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan tulisan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari memang sesuai untuk mereka yang suka bersalawat dan yang baru ingin belajar tentang salawat kerana di dalam buku ini mempunyai 40 salawat pilihan yang terbaik beserta dengan terjemahan dan keterangan fadhilat dan kaifiyat bersalawat.


Umum tahu bahawa Allah SWT berfirman di dalam Al Quran; Surah Al Ahzab (33) ayat 56 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya bersalawat kepada Nabi; Wahai orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkan salam kepadanya.”


Allah juga telah berjanji kepada hamba-hambaNya yang berselawat satu (1) kali kepada Nabi SAW, maka:

1. Allah berselawat kepadanya sepuluh (10) kali

2. Dihapuskan daripadanya sepuluh (10) dosa, dan

3. Diangkat darjatnya sepuluh (10) tingkat


Selawat juga mempunyai banyak kelebihan bagi orang yang mengamalkannya:

1. Sebagai penghapus dosa

2. Tidak berasa kebingungan pada hari akhirat

3. Akan bersama dengan Rasulullah SAW di akhirat kelak

4. Akan mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW

5. Berpeluang minum di telaga Rasulullah SAW

6. Memudahkan segala pekerjaan dan cita-citanya

7. Selawat dapat mensucikan hati dan menambahkan keberkatan di dalam hidup

8. Orang yang sentiasa bersalawat boleh menghilangkan/ menghindarkan kemiskinan di dalam hidupnya

9. Bersalawat boleh menghampirkan diri kepada Allah

10. Menjadi asbab terkabulnya doa

Dan banyak lagi kelebihan selawat.

Untuk mengetahui dan memahami tentang selawat, anda mesti dapatkan buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan ini.

Klik link di bawah untuk dapatkannya sekarang:


Buku Keajaiban 40 Selawat Di Sini



Nak Balik Kampung atau Bercuti? Tempah Tiket Bas, Kereta Api & Feri Online dengan BusOnlineTicket.com!

Pernah tak anda merancang untuk balik kampung, bercuti bersama keluarga atau melakukan perjalanan atas urusan kerja, tetapi risau tiket habi...