Rak Besi Tahan Karat Pelbagai Guna

Orang perempuan mesti pening kepala duk pikir bagaimana nak simpan barang-barang kat dapur yang semakin lama semakin banyak; periuk bukan ada sebiji tapi berbiji-biji pelbagai saiz pulak, belum masuk lagi bekas nasi tahan panas dan macam2 lagi…Dah tak ada ruang tapi impian nak dapur sentiasa kemas, bersih dan tersusun sentiasa ada, betul tak?


Apa kata gunakan Rak Besi Tahan Karat Pelbagai Guna untuk simpan barang-barang ni semua… Selesai masalah untuk menyimpan barang-barang dapur dan dapur pun jadi kemas, bersih dan tersusun. Mood nak masuk dapur pun semakin bersemangat.


Rak ni ada pelbagai saiz dan ada 3 layer, 4 layer dan 5 layer. Anda boleh dapatkannya mengikut keperluan dapur anda dan saiz dapur. Ia jimat ruang sebab rak ni bertingkat-tingkat; 3, 4 dan 5 tingkat atau layer.


Rak ini teguh dan stabil sebab ia menggunakan Salutan Serbuk Epoksi untuk membentuk lapisan lebih keras, tahan lasak dan kalis karat. Setiap layer mempunyai kapasiti untuk menyimpan barang sehingga 100KG.


Rak ini mempunyai dua (2) pilihan warna iaitu hitam dan putih. Ia sesuai untuk digunakan digunakan untuk penyimpanan barang-barang di rumah, pejabat atau Gudang.

 

Memang berbaloi rak ini.


Sekarang dah tahu apa kelebihan Rak Besi Tahan Karat Pelbagai Guna ni, dah boleh dapatkan satu (1), dua (2) atau tiga (3) untuk rumah atau pejabat atau gudang anda. 

Jom kita dapatkan sekarang di sini:


Rak Besi Tahan Karat Pelbagai Guna TikTok DI Sini


Rak Besi Pelbagai Guna Shopee Di Sini











Kenapa Rezeki Kita Sempit?

Banyak sebab musabab yang menyebabkan rezeki kita menjadi sempit dan susah untuk sampai kepada kita walaupun pelbagai usaha dan ikhtiar telah dilakukan.


Jom kita muhasabah diri agar kita dapat memperbaiki diri untuk menjadi seorang muslim yang lebih baik dari masa ke semasa dengan penuh istiqamah.

Ini adalah antara sebab kenapa rezeki kita menjadi sempit dan susah:

1.     Banyak melakukan dosa dan maksiat
2.     Tidak menghormati ibu bapa
3.     Kurang beristighfar memohon keampunan
4.     Kurang membaca Al Quran
5.     Kurang bersalawat kepada Nabi SAW
6.     Tidak mengikuti sunnah Nabi SAW
7.     Kurang bersedekah
8.     Memutuskan silaturahim sesama manusia
9.     Suka menyusahkan di dalam sesuatu perkara seperti tidak suka bertolak ansur
10.  Kurang/ tidak bersyukur dengan apa yang ada
11.  Tidak bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan hutang
12.  Mempunyai sifat sombong, riak dan ujub
13.  Suka berprasangka buruk
14.  Mudah berputus asa di dalam sesuatu perkara
15.  Meninggalkan ibadah wajib seperti solat, puasa, menutup aurat dan sebagainya

Dah tahu mana satu kelemahan diri daripada senarai di atas? Sama-samalah kita berazam untuk meninggalkan sifat-sifat tersebut dan berubah menjadi seorang yang lebih baik. Mestilah berubah kerana Allah SWT agar sentiasa mendapat keampunan dan rahmat daripadaNya. Bukan hanya semata-mata kerana ingin meraih rezeki.








Apa Itu Selawat Dan Kelebihannya?

Selawat adalah bentuk jamak daripada perkataan solat yang membawa maksud doa, berkat, rahmat atau ibadah.

Dan Baginda Rasulullah SAW adalah seorang insan yang amat mulia di sisi Allah SWT.

Allah SWT memerintahkan agar kita sebagai umat Islam sentiasa melafazkan selawat ke atas Baginda Rasulullah SAW.

Antara hadis yang menyuruh kita untuk memperbanyakkan selawat di dalam kehidupan kita setiap hari;

1.Baginda Rasulullah SAW bersabda; Di mana sahaja pun kamu berada, maka berselawatlah kepadaku kerana selawat kamu akan sampai kepadaku. [Hadis Riwayat Tabrani]

2.  Baginda Rasulullah SAW bersabda; Perbanyakkanlah berselawat kepadaku kerana selawat ke atasku akan menjadi ampunan bagi dosa-dosa kamu. Dan carilah suatu darjat dan wasilah kepadaku kerana wasilahku di sisi Tuhanmu menjadi syafaat bagi diri kamu. [Hadis Riwayat Ahmad]

3.Menurut satu riwayat, Malaikat Jibril berkata kepada Baginda Rasulullah SAW; Sesiapa daripada umatmu berselawat kepadamu 1 kali, maka Allah SWT akan menulis 10 kelebihan kepadanya, dan menghapuskan 10 kejahatan (dosa) daripadanya, dan mengangkat 10 darjat dan ditambah kepadanua sebanyak itu juga. [Hadis Riwayat Ahmad]


Allah SWT juga berfirman di dalam Al Quran, Surah Al Ahzab (33l): 56 :

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّ ۚ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا ٥٦

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.


Imam Bukhari telah meriwayatkan daripada Abu Aliyah:

i. Rahmat Allah SWT ke atas Baginda Rasulullah SAW bermaksud puji-pujian dan syafaat untuk Baginda Rasulullah SAW di hadapan para malaikat

ii. Dan rahmat para malaikat ke atas Baginda Rasulullah SAW bermaksud doa dan permohonan mereka untuknya.

Semoga penerangan ini dapat membantu semua untuk lebih memahami tentang selawat.

Anda semua juga boleh jadikan Buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan sebagai rujukan untuk lebih memahami dan belajar tentang 40 selawat pilihan yang memang terbaik jika diamalkan dengan istiqamah.




Rujukan:

1. Kelebihan Selawat (Maulana Muhammad Zakariya)

2. Selawat Pilihan; Riwayat, Manfaat dan Keutamaannya (Ustaz Mahmud Samiy)

Bagaimana Syafaat Dari Baginda Rasulullah SAW Boleh Membawa Seorang Islam Ke Syurga?

Banyakkan berselawat setiap hari.

Banyakkan berselawat setiap hari kerana setiap selawat yang dilafazkan sama ada di dalam keadaan khusyuk atau sebaliknya akan mendapat syafaat daripada Baginda Rasulullah SAW di akhirat kelak.

Selalu dengar nasihat macam ni daripada ustaz atau ibu ayah sebelum ni?

Tetapi, adakah anda tahu apa itu SYAFAAT?

Di dalam Islam, Syafaat bermaksud pertolongan atau perantaraan  atau mengharapkan bantuan daripada Allah SWT untuk membantu setiap orang Islam mendapat manfaat atau memenuhi hajat atau menolak mudarat di dunia dan yang paling utama di hari akhirat seperti memohon pengampunan dosa, mempercepatkan proses pengadilan, memudahkan meniti Titian Sirat dan lain-lain dengan izin dan keredhaan Allah SWT.

Setiap orang Islam amat memerlukan syafaat di dalam kehidupan di dunia yang penuh cabaran dan ujian. Apatah lagi apabila berada di Padang Mahsyar menunggu untuk diadili; ditimbang dosa dan pahala yang menentukan sama ada ke syurga atau neraka. Di sinilah syafaat daripada Baginda Rasulullah SAW amat diperlukan untuk memberatkan timbangan ke syurga.

Bagi mendapatkan syafaat daripada Baginda Rasulullah SAW adalah dengan memperbanyakkan selawat. Betapa besarnya manfaat berselawat!

Bagi yang tidak tahu bagaimana untuk berselawat, apa kelebihan berselawat dan berapa banyak selawat yang paling sesuai setiap hari, dapatkan Buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan sebagai panduan anda.

Buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan




 


 



Bagaimana Selawat Munjiyyah Boleh Membantu Anda Menghadapi Ujian Kesusahan Dan Kesempitan Hidup

Bila kita banyak melakukan dosa,perbanyakkan berselawat.

Bila kita tertekan dengan bebanan kerja di pejabat, perbanyakkan selawat.

Bila ada bebanan hutang, perbanyakkan selawat.

Kerana di dalam selawat ini kita berdoa agar diberikan keselamatan di dalam menghadapi musibah yang menimpa dan dikeluarkan daripada segala kesusahan yang dihadapi. Kesempitan dan kesusahan ini merangkumi masalah kewangan, rumahtangga, penyakit dan sebagainya.

Salah satu selawat yang baik untuk diamalkan daripada Buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan adalah Selawat Munjiyyah yang bermaksud penyelamat, menyelamatkan dan keselamatan.

Jadikan Selawat Munjiyyah sebagai amalan harian kerana ia dapat membantu kehidupan kita di dunia dan akhirat.

Dapatkan buku ini sebagai panduan untuk berselawat.

Buku Keajaiban 40 Selawat Pilihan



Bagaimana Teknologi Dapat Membantu Pembelajaran Anak-Anak Dengan Efektif?

Ibu ayah selalu risau sampai boleh sakit kepala tengok anak-anak asyik melekat dengan hp je main games sampi makan pun boleh lupa, solat kena ingatkan berkali-kali dan jadi malas nak belajar... Teknologi makin canggih tapi buat anak-anak lalai dan leka...Risau betul ibu ayah...


Ibu ayah jangan risau sebab sekarang ibu ayah boleh manfaatkan kegunaan teknologi seperti telefon bimbit, tablet dan komputer untuk kebaikan anak-anak iaitu sebagai dengan menggunakannya sebagai sumber pembelajaran untuk anak-anak; membaca, menulis, mengira dan mewarna dengan TRIO WORKSHEET sebagai alat bantu belajar menggunakan teknologi.


TRIO WORKSHEET ini mengandungi 14 set worksheet interaktif khas untuk anak berumur 3 - 7 tahun yang boleh digunakan oleh anak menggunakan hp atau tablet. Ibu ayah juga mempunyai pilihan untuk mencetak worksheer di dalam bentuk PDF daripada hp atau tablet terutamanya untuk belajar menulis dan mewarna.


Ibu ayah boleh gunakan TRIO WORKSHEET untuk bantu anak-anak untuk belajar dengan penuh minat.


Jangan bertangguh, kena mula dari sekarang sebab cuti sekolah panjang akan bermula minggu depan. Jangan biarkan masa anak-anak terbuang begitu saja...


Dapatkan TRIO WORKSHEET sekarang 👇👇👇


Trio Worksheet Untuk Anak Anda




Bagaimana Ibu Ayah Boleh Latih Anak Jadi Lebih Fokus?

Ibu ayah pasti inginkan anak-anak fokus bila melakukan sesuatu tugasan terutamanya di dalam pembelajaran.

Di sini ibu ayah boleh mengikuti beberapa tips yang mungkin dapat membantu:


1. Pastikan anak-anak mendapat tidur dan rehat yang cukup sebelum mula belajar  dan semasa belajar. Ibu ayah pastikan anak-anak mempunyai waktu rehat di antara sessi pembelajaran.


2. Pastikan anak-anak mempunyai rutin harian yang konsisten untuk waktu belajar, makan, bermain dan rehat. Ia boleh membentuk disiplin yang baik dalam diri anak-anak.


3. Pastikan anak-anak melakukan aktiviti pembelajaran yang boleh menarik minat mereka. Ibu ayah pastikan alat bantu pembelajaran  anak-anak menarik yang dapat menarik perhatian mereka; belajar sambil bermain, buku yang berwarna warni, tulisan yang menarik, ada aktiviti yang melibatkan anak-anak dan sebagainya. TRIO WORKSHEET mempunyai ciri-ciri ini dapat membantu pembelajaran anak-anak.


4. Pastikan ibu ayah sentiasa memberi pujian kepada anak-anak apabila mereka berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan dan jika mereka tidak dapat menyelesaikannya, pastikan ibu ayah memberi galakan dan tunjuk ajar kepada mereka.


Ia adalah satu cabaran untuk ibu ayah bagi mendidik anak-anak sehingga mereka berjaya.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada ibu ayah.


Bagi ibu ayah yang ingin membantu anak-anak belajar membaca seawal usia 3 tahun dengan TRIO WORKSHEET, klik link di bawah:

Alat Bantu Pembelajaran Anak




Nak Balik Kampung atau Bercuti? Tempah Tiket Bas, Kereta Api & Feri Online dengan BusOnlineTicket.com!

Pernah tak anda merancang untuk balik kampung, bercuti bersama keluarga atau melakukan perjalanan atas urusan kerja, tetapi risau tiket habi...