Masa
depan serta potensi keuntungan projek ternakan anda bergantung sepenuhnya
kepada persediaan ini!
Memiliki
sebuah ladang ternakan kambing yang luas, dipenuhi dengan baka-baka kambing
yang 3G (gemuk, gebu, gempal) SERTA mampu menjana keuntungan lumayan hasil
daripada ternakan kambing merupakan impian setiap penternak..
Itu
belum lagi ditambah dengan permintaan dari dalam dan luar negara untuk
mendapatkan daging-daging serta susu kambing.. Fuh, sungguh bahagia jika ia
jadi kenyataan!
Ia
bukanlah sesuatu yang tak masuk akal kerana pada tahun 2020 lepas sebanyak
12,000 ekor kambing diimport ke negara kita terutamanya menjelang musim
perayaan. Ini menunjukkan ada permintaan yang tinggi terhadap daging kambing..
Ianya tidak mustahil untuk dicapai!
Tapi
langkah pertama untuk mencapai impian tersebut adalah dengan mempersiapkan diri
anda dengan 5 perkara yang paling penting ini..
#1 -
Persiapan Perancangan & Mindset
Memiliki
perancangan yang jelas adalah kunci kepada kejayaan sesebuah projek ternakan
walaupun anda mahu memulakannya secara kecil-kecilan. Mindset yang betul sangat
penting bagi memastikan anda tidak membuat kesilapan yang merugikan anda pada
masa depan.
#2 -
Persiapan Fizikal & Mental
Menternak
kambing merupakan satu kerja yang memerlukan tenaga yang banyak jika anda tidak
mampu mengupah orang lain.. Nak cari tanah, tanam rumput, bina kandang, jaga
kambing dan sebagainya.. Mental dan fizikal anda perlu kekal sihat untuk
memastikan ia berjaya.
#3 -
Persiapan Ilmu
Dalam
apa jua bisnes, ilmu sangatlah penting kerana tanpa ilmu, segala kerja anda
pasti tidak menjadi dan hanya sia-sia sahaja. Jadi sebelum mulakan projek
ternakan kambing, pastikan anda belajar ilmu ternakan yang betul serta
menghadiri latihan berkaitan dengan penternakan kambing.
#4 -
Persiapan Modal
Dalam
penternakan kambing ini, persiapan modal adalah sangat penting kerana anda
perlu ada tanah yang sesuai, membina kandang yang selesa untuk kambing, kos
dapatkan baka kambing, kos utiliti dan sebagainya. Anda boleh guna duit
sendiri, meminjam daripada ahli keluarga dan rakan-rakan ataupun meminjam dari
bank (untuk projek skala besar).
#5 -
Persiapan Networking
Satu
perkara yang sering kita terlupa ialah kita sangat perlukan networking yang
luas untuk memastikan projek ternakan kambing kita dapat dimulakan dengan
lancar. Mempunyai jaringan networking dengan para penternak lain terutamanya
yang sudah berjaya, para pembekal makanan kambing dan sebagainya sangat penting
untuk memudahkan projek ternakan anda.
5
perkara ini sangatlah penting jika anda mahu berjaya dalam projek ternakan
kambing anda walaupun anda memulakannya secara kecil-kecilan..
Ada
MODAL tapi tiada ILMU, projek anda hanyalah sia-sia dan merugikan anda..
Ada
ILMU tanpa TINDAKAN pula hanyalah membuatkan impian anda sekadar angan-angan
kosong yang takkan jadi kenyataan!
Jadi
adakah anda benar-benar bersedia untuk memulakan projek ternakan kambing yang
benar-benar menguntungkan ini?
Pelajari
cara sebenar penternakan kambing yang menguntungkan ini di:
Rahsia Ternak Kambing Di Sini!

No comments:
Post a Comment