Penternak
ikan tilapia yang berjaya tidak diukur dengan berapa banyak modal yang
dikeluarkan, berapa besar kolam yang dibina ataupun berapa banyak ikan tilapia
yang diternak di kawasan penternakan mereka..
Seperti
bisnes yang lain, projek penternakan yang berjaya ialah projek penternakan yang
berjaya mendapatkan keuntungan hasil daripada penjualan ikan tilapia yang
diternak.. Ia juga dikira berjaya jika berjaya memberikan peluang pekerjaan
tetap dan menjana ekonomi kepada masyarakat sekeliling tempat tersebut..
Seperti
penternakan lain, bidang penternakan ikan tilapia ini juga agak berisiko dan
bukan semua penternak mampu berjaya membuat keuntungan daripada ternakannya..
Ramai juga yang hanya mampu pulang modal dan ada juga yang terpaksa alami
kerugian dalam jumlah yang banyak setelah ikan ternakannya mati sia-sia sahaja
akibat salah cara penjagaan..
Jadi
untuk pastikan projek penternakan anda berjaya dan mampu menjual hasil ternakan
ikan tilapia anda dengan harga yang tinggi, ada beberapa faktor yang perlu anda
ambil perhatian terutamanya faktor pemilihan jenis ikan Tilapia yang berkualiti
yang sesuai dengan kolam yang anda bina dan serta makanan yang anda berikan
kepada ikan tilapia yang anda ternak..
Kesilapan
yang dilakukan oleh para penternak ikan tilapia baru ialah kesilapan dalam
memilih jenis ikan tilapia yang sesuai dan tidak mempunyai ilmu yang cukup
dalam cara penjagaan jenis ikan tilapia tersebut sehingga membuatkannya mati
sia-sia walaupun telah melaburkan banyak wang untuk mendapatkan benihnya..
#1
- Ikan Tilapia GIFT (Genetic Improvement of Farmed Tilapia)
Ikan
Tilapia ini adalah hasil percampuran baka Tilapia dari 8 buah negara iaitu
Kenya, Israel, Senegal, Ghana, Singapura, Thailand, Mesir dan Taiwan.. Ia
mempunyai hujung ekor yang berwarna merah pudar dan mempunyai garisan menegak
pada badan yang agak ketara..
Antara
ciri-ciri ikan Tilapia GIFT ini ialah:
-
Ia sangat tahan kepada apa jua serangan penyakit
-
Tempoh pembiakan yang produktif sehingga 1.5 ke 2 tahun
-
Tempoh bertelur dalam masa dari 3 hingga ke 6 minggu
-
Jumlah telur bagi sekali pengawanan pada berat 600gram ialah 2000 hingga 3000
butir telur.
-
Mengalami tumbesaran yang cepat, ia mampu mencapai berat 600gram pada umur 5 ke
6 bulan.
#2
- Ikan Tilapia BEST (Bogor Enhanced Strain of Tilapia)
Ikan
tilapia jenis adalah hasil percampuran baka Tilapia dari 4 jenis Tilapia iaitu
Tilapia tempatan Bogor Indonesia, Tilapia tasik Indonesia, Tilapia GIFT
generasi ke-3, dan Tilapia GIFT generasi ke-6.. Ikan Tilapia jenis ini
mempunyai warna kelabu kehijauan..
Antara
ciri-ciri ikan Tilapia BEST ini ialah:
-
Peratusan hidup anak-anak ikan sehingga dewasa sangat tinggi iaitu sebanyak 90%
-
Peratusan ketahanan terhadap penyakit adalah sebanyak 140% lebih tinggi jika
dibandingkan dengan Tilapia tempatan
-
Mempunyai peratusan tumbesaran sebulan yang tinggi sehingga mencecah 4.85%
-
Jumlah telur bagi sekali pengawanan pada berat 600gram ialah 6000 hingga 15000
butir telur
-
Mengalami tumbesaran yang cepat, ia mampu mencapai berat 600gram pada umur 4 ke
5 bulan.
#3
- Ikan Tilapia Chitralada (Ikan DiRaja Thailand)
Ikan
Tilapia Chitralada ini ialah daripada keturunan Tilapia yang dihadiahkan oleh
Raja Jepun kepada Raja Bhumibol Thailand sekitar tahun 1965. Ikan tersebut
dipelihara di dalam perkarangan istana Chitralada, lantas terhasillah nama
Tilapia Chitralada yang terkenal sehingga kini. Ikan tilapia jenis ini punyai
hujung ekor bewarna merah..
Antara
ciri-ciri ikan Tilapia Chitralada ialah:
-
Ia sangat tahan lasak terhadap kepadatan kolam yang tinggi
-
Ia cepat membesar kepada saiz 250gram dalam masa 3 hingga 4 bulan tetapi
tumbesarannya mulai perlahan pada saiz 500gram pada usia 6 bulan
-
Benih ikan jenis ini mempunyai peratusan hidup yang lebih tinggi berbanding
Tilapia lain.
#4
- Ikan Tilapia NIFI (National Inland Fisheries Insitut)
IkanTilapia merah ini dihasilkan oleh Jabatan Perikanan Thailand. Tilapia NIFI
juga dikenali sebagai Tilapia Merah Thailand.. Rata-rata ikan Tilapia NIFI
bewarna merah pudar dan mempunyai sirip bewarna merah jingga..
Antara
ciri-ciri Tilapia NIFI ialah:
-
Ia lebih cenderung mempunyai keturunan yang dominan jantan.
-
Ia cepat membesar berbanding Tilapia merah lain hasil daripada keturunan yang
dominan jantan
-
Ia sangat mudah dijual kepada pelanggan kerana warna dan isinya yang agak
tebal.
#5
- Ikan Tilapia Merah Taiwan
Ikan
Tilapia merah ini merupakan jenis ikan Tilapia yang diimport khas dari Taiwan..
Rata-rata Tilapia Merah Taiwan berwarna merah cerah diselang-selikan dengan
warna jingga dan kuning..
Antara
ciri-ciri Ikan Tilapia Merah Taiwan ialah:
-
Tumbesarannya sangat memberangsangkan sehingga mencapai 700gram dalam masa 6
bulan.
Ilmumemilih jenis ikan tilapia yang sesuai ini mungkin nampak mudah sahaja tetapi
kebanyakan daripada penternak baru agak mengambil ringan perkara ini.. Lain
jenis ikan, lain cara penjagaannya.. Jika tersilap cara ternakannya, anda
mungkin mampu menangis sendirian apabila melihat ikan-ikan tilapia ini mati
terapung dalam kolam anda..
Selain
faktor jenis ikan, faktor kesesuaian kolam yang dibina serta faktor aktiviti
penjagaan harian juga sangat penting bagi memastikan anak-anak ikan anda mampu
membesar dan boleh dijual dengan harga yang tinggi mengikut gred yang
ditetapkan.. Jika anda serius untuk berjaya dalam penternakan ini, pastikan
anda mempunyai ilmu yang mencukupi!
"Di
mana Tempat TERBAIK Untuk Berguru Bagi Memulakan Penternakan Ikan Tilapia
Ini?"
Jika
anda benar-benar mahu mempelajari cara sebenar untuk memulakan projek ternakan
ikan tilapia dengan lebih lancar dari kosong, anda perlu belajar sendiridaripada para penternak yang berjaya seperti Encik Zhafran ini. Beliau telah
berkongsi cara terbaik yang beliau gunakan untuk mulakan projek ternakan ini
dalam ebook "Panduan Ternak Ikan Tilapia".
Dalam
ebook ini, anda bakal pelajari ilmu lengkap dari A sampai Z cara untuk
memulakan penternakan ikan tilapia dengan lebih berjaya SERTA anda pasti mampu
mengurangkan risiko mengalami sebarang
kerugian besar sepanjang proses ternakan ini berjalan.. Inilah solusi terbaik
yang mampu membantu anda menjadi penternak ikan tilapia yang berjaya!
Antara ilmu yang bakal anda pelajari daripada ebook ini ialah..
-
Potensi SEBENAR projek penternakan ikan Tilapia
-
Jenis-jenis Ikan Tilapia dan cara penjagaan yang SESUAI
-
4 jenis kolam ikan tilapia berserta kelengkapan PENTING serta cara pembinaannya
-
Cara TERBAIK memilih benih ikan tilapia yang menguntungkan projek ternakan anda
-
Jenis-jenis makanan ikan beserta kaedah pemberian makanan yang BETUL
-
Cara TERBAIK menghasilkan makanan ikan Tilapia sendiri
-
Jenis-jenis Penyakit Ikan SERTA Cara Rawatannya
-
Cara TERBAIK untuk menjual ikan Tilapia anda
-
Kesilapan KRONIK serta Risiko Penternakan Ikan yang perlu anda elakkan
-
Rujukan lengkap organisasi yang mampu membantu projek berjalan lebih lancar
-
Dan banyak lagi ilmu berkenaan dengan penternakan Ikan Tilapia ini!
Lebih
87.3% projek penternakan ikan tilapia yang gagal adalah disebabkan oleh
kurangnya ilmu tentang projek ikan tilapia itu sendiri.. Banyak modal yang
telah hangus akibat daripada sikap sambil lewa yang diambil para penternak yang
tidak mendalami ilmu berkenaan penternakan ini sebelum memulakan projek
ternakan mereka..
Jangan
jadi seperti mereka.. Dengan ebook "Panduan Ternak Ikan Tilapia" ini,
anda pasti mampu memulakan serta menguruskan projek ternakan ikan tilapia anda
dengan lebih lancar dan teratur tanpa perlu ada kerisauan jika berlaku sesuatu
diluar jangkaan anda.. Ebook ini kamus lengkap untuk anda memulakan projek
ternakan ikan tilapia yang berjaya!
Jom
pelajari ilmu SEBENAR tentang cara memulakan penternakan Ikan Tilapia yang
berjaya - yang dikongsikan oleh penternak berpengalaman ini dengan segera di:


No comments:
Post a Comment