Duit Canva: Bagaimana Skills Canva Boleh Membuka Pintu Rezeki Dari Rumah?

Pernah tak anda terfikir, “Boleh ke saya jana duit hanya dengan Canva?”



Mungkin selama ini anda mengenali Canva sebagai platform mudah untuk membuat poster, design media sosial, presentation atau bahan promosi. Tetapi bagaimana jika saya katakan, di sebalik sebuah design yang cantik itu sebenarnya ada peluang menjana pendapatan dengan Canva?

Kisah Shafeeq Luqman mungkin membuatkan anda melihat Canva dengan perspektif yang berbeza.

Pada tahun 2020, ketika pandemik COVID-19 melanda, Shafeeq kehilangan pekerjaan sebagai jurufoto berita selepas lima tahun berkhidmat dengan sebuah portal berita terkenal. Dalam sekelip mata, rutin kerja berubah. Simpanan semakin berkurangan, hutang kecil mula terkumpul dan persoalan besar mula bermain di fikirannya:

“Apa lagi yang aku boleh buat sekarang?”

Kemudian, datang satu projek kecil – mereka bentuk muka depan sebuah buku politik.

Walaupun bayarannya tidak besar, projek itu menjadi titik permulaan kepada sesuatu yang tidak pernah dijangka. Shafeeq kembali kepada dunia graphic design, tetapi kali ini tanpa bergantung kepada perisian reka bentuk profesional yang mahal.

Dia menemui Canva.

Dengan Canva, laptop dan telefon pintar, dia mula menghasilkan design untuk pelanggan – daripada poster, social media design, bahan promosi hinggalah rekaan buku. Sedikit demi sedikit, keyakinan kembali.

Kemudian hadir satu projek besar.

Puluhan design perlu disiapkan dalam masa hanya 48 jam.

Dengan kemahiran Canva, teknik reka bentuk asas dan beberapa trik yang dipelajarinya sendiri, Shafeeq menyahut cabaran tersebut. Selepas 48 jam bekerja siang dan malam, hasilnya benar-benar mengubah perspektifnya.

RM12,000 berjaya diperoleh dalam tempoh dua hari.

Daripada kehilangan pekerjaan, kepada menemui peluang baharu melalui kemahiran Canva.

Itulah kisah yang menjadi asas kepada ebook DuitCanva – Bagaimana Saya Jana RM12,000 Dalam Masa 48 Jam Dengan Skills Canva.”

Namun ebook ini bukan sekadar cerita tentang bagaimana seseorang memperoleh RM12,000. ebook ini ialah pengalaman sebenar, teknik dan strategi yang dikongsikan dalam gaya santai, supaya pembaca yang baru mengenali Canva atau sudah mempunyai asas graphic design boleh memahami bagaimana kemahiran tersebut boleh digunakan untuk mencipta peluang.

Ia sesuai untuk graphic designer, founder produk, affiliate marketer, content creator, malah sesiapa yang sering mencari tutorial Canva, cara menggunakan Canva, idea design Canva, cara jana duit dengan Canva dan cara buat duit online menggunakan kemahiran digital.

Jika anda selama ini hanya menggunakan Canva untuk membuat design biasa, mungkin sudah tiba masanya untuk melihatnya sebagai lebih daripada sekadar alat design.

Mungkin skill yang anda ada hari ini boleh menjadi pintu kepada peluang yang anda cari esok.

Mahu belajar daripada pengalaman sebenar?

Dapatkan ebook Duit Canva – Bagaimana Saya JanaRM12,000 Dalam Masa 48 Jam Dengan Skills Canva dan mulakan langkah pertama anda untuk meneroka potensi Canva untuk jana pendapatan.

DapatkanEbook Duit Canva Di Sini → Klik Untuk Maklumat Lanjut

Jangan tunggu sehingga anda benar-benar terdesak untuk mula. Kadangkala, peluang besar bermula dengan satu skill kecil yang kita pilih untuk pelajari hari ini. 



No comments:

Post a Comment

20 Aplikasi Percuma Untuk Mula Perniagaan Pada 2026 (Tanpa Perlu Modal Besar)

Nak mula perniagaan tak semestinya perlu habiskan simpanan sebelum sempat jual produk pertama pun. Hakikatnya, hampir semua alat yang anda p...